Thursday, 30 October 2014

Kuih ondeh ondeh / kuih gula melaka


Bahan-Bahan: 
Tepung pulut - ikut suka berapa banyak
pewarna hijau
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut.


Cara cara: 
Bancuh tepung pulut dengan air dan pwearna hijau, sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh, yg tidak terlalu lembik dan tak melekat di tangan.


Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus.

tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat, 

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi.

Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.



Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.

Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. 

selamat mencuba 😘


Kuih tiram



Bahan-bahannya :

3 cawan tepung gandum
150ml air (nak bagi lemak lagi, guna santan dalam kotak)
sedikit garam
sebiji telur

Gula pasir yang dimesin halus secukupnya
1/2 cawan tepung beras@ tepung jagung (saya guna tepung beras)
3/4 cawan minyak masak

Cara-caranya:

Masukkan tepung kedalam bekas. Masukkan telur dan sedikit garam.
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga ia menjadi doh. Jangan terlalu lembik (seperti doh karipap). Jangan terlalu ikut sangat kuantiti air diatas sbb ia boleh kurang/ lebih bergantung pada jenama tepung yang anda guna.

Rehatkan sebentar.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil.
Guna mesin pasta. Mula guna no 8. Leperkan doh memanjang dan masukkan kedalam mesin. Tukar kepada no 6 dan kemudian kepada no 4 dan akhir sekali no 3. Biar sehingga ia menjadi sekeping doh panjang yang nipis.

Sapu sedikit minyak di belakang talam atau meja kerja anda. letakkan doh.
Bancuh tepung jagung/beras dengan minyak dalam bekas kecil. kacau rata
Guna sudu dan renjis ban ujan tepung jagung/beras dengan rata. Guna hujung jari, ratakan bancuhan atas doh.
Gulung dan potong kecil sebesar jari manis.


Tekan dengan ibu jari untuk leperkan dan ambil pengelek, gelek memanjang. Jangan tekan terlalu kuat.


Panaskan kuali dan masukkan minyak yang banyak. Guna api sederhana.

Apabila telah panas, masukkan satu keping doh dalam kuali dan guna 2 btg chopstik/2 ranting pokok bunga raya yang telah dibuang kulit dan dipotong rata bawahnya @ senduk yg bukan jenis besi, ketuk doh tersebut secara perlahan2. Jangan kuat. Ini supaya lipatan kuih tiram terbuka. Teknik ini adalah penting untuk anda dapatkan kuih tiram yang terbuka cantik. Lepas tu barulah masukkan doh yg lain. Ulang proses.

Angkat dan toskan dengan tisu masakan.
blender gula sehingga halus dan taburkan ke atas kuih yg telah digoreng.

Wednesday, 29 October 2014

Aiskrim mint homemade

Hanya mengunakan 4 bahan asas,
1 tin susu cair,
setengah tin susu pekat,
(ikut citarasa masing2, klau nk manis taruk lebih)
Ovellate dlm dua sudu,
perisa yg korg suka. (jagung ke biskut oreo ke, apa2 lah) 

Cara caranya,
mix kan susu cair, susu pekat, ovellete dan perisa yg korang suka, kat sini aku buat askim mint so pakai perisa ni,


tambahkan pewarna makanan (hijau) dan chocolate rice..

mixer smpai kembang,
kalau xde mixer boleh guna blender je
(yg xde bau bauan bawang dll ye) 
nanti karang bau tu yg jd perisa..
die dah kembang jd double boleh letak dlm tuppeware yg korg suka, letak kat peti ais yg beku pnye tu smpai die beku..

senang kan??
dah keras dlm peti tu apa lagi, amik dan NGAP lah..nyum nyum! kihkih

selamat mencuba 😁