Thursday, 30 October 2014

Kuih ondeh ondeh / kuih gula melaka


Bahan-Bahan: 
Tepung pulut - ikut suka berapa banyak
pewarna hijau
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut.


Cara cara: 
Bancuh tepung pulut dengan air dan pwearna hijau, sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh, yg tidak terlalu lembik dan tak melekat di tangan.


Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus.

tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat, 

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi.

Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.



Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.

Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. 

selamat mencuba 😘


No comments:

Post a Comment